Thursday, December 24, 2015

pusat tuntut ilmu uolss ((ptiu))

Assalamualaikum.
well almost 4 weeks dah tuition cuti ni. serious banyak gila input aku dapat. and this one time really inspired me. like, a lot.

tetiba haritu masuk class lambat pulak lepas habis rehat tu biasala lepak borak tandas dan sebagainya. haha tetiba nak otw pergi kelas tu aku nampak dah budakbudak lelaki kat luar lepak lagi. aku pelik gak apahal relax sangat dorang ni. tetiba nakmasuk kelas takboleh. aku dah polak ah apahal main kunci kunci pintu ni. rupanya cikgu dah masuk class gaiss. aku mampu redha jela duduk kat luar tu dahla dengan masyi je dua orang je pompuan sumpah malu. dahla suruh lelaki ketuk pintu mintak maaf semua taknak, so aku dengan beraninya pergi la ketuk pintu kuat gila sambil bagi salam ala ala makcik nak beraya tu. tapi apa yang aku dapat hanyalah hilaian ketawa daripada lelaki sekalian dan kena palau dgn cikgu. k lantak lah. nak dijadikan cerita, cikgu dari dalam class tu suruh kiteorang ketuk ketampi reramai sambil dia rakam. pehh kat tuition pun ada denda ceni em.

alright almost 2 weeks after that, ruparupanya budak budak ni tak insaf lagi. masuk class lambat lagi. macam biasala, aku dengan masyi. haha tapi kalini ramai sikit pompuan ha kurang sikit malu tu. ok aku rasa ada dalam 10 minit kat luar tu, cikgu pun bagi masuk then cakap la dia taknak bagi kiteorang masuk sensorang since bunyi pintu tu kuat gila mengganggu cikgu nak ajar so dia kasi masuk reramai terus. ha
alright masa tengah nak catch up balik dengan budak lain salin nota, tetiba cikgu letak something atas meja semorang..


"rajin rajin baca ni biar kamu tepati masa sikit." -cikgu abu

deep beb deep.

Tuesday, November 24, 2015

espiyem

Assalamualaikum.

tetiba haritu abang cakap ceni,
"eh bila anis nak habis sekolah ni. lambatlah. abang akak semua dah keje dah."
takguna punya abang.
haha iye iye tahun depan dah spm dah, nak habis sekolah dah. nanti masuk u abang kena bagi duit raya jugak bukan anis boleh keje pun pastu bagi abang duit haa amek

sedar tak sedar nak habis sekolah dah hu8. sedih. i'm not ready for spm yet do seriously.
tbh aku rasa ter-inspired dengan f5 kl yg dapat straight a's trial tu kira idola lah. betul lah weh, bila kau jaga hubungan dengan manusia, jaga hubungan dengan Allah, inshaAllah semua bende Allah permudahkan. macam tu lah apa yang aku nampak dorang buat. well mestilah ada je aib dorang Allah tutup. but still cara dorang buat aku rasa nak jadi camtu gak. lebih kurang lah
pastu malam exam haritu kan stayup tak ingat dunia ((especially addmath pukul 4 pagi baru tido)), everytime rasa cam takmasuk, aku asyik ulang je dalam hati belajar lillahita'ala ((ni aku ikut tips sorang akak tu which is antara yang straight a's trial)). Alhamdulillah bangun pagi masih ingat semua bende and takblank masa jawab. dahla acah pelajar cemerlang je aku ni macam kasi tips pulak hahaha tapi result bukan boleh dibanggakan pun. lek kita slow slow. tengoklah tahun depan aku buat comeback. terkejut ko jah

papehal goodluck semua. cuti ni dah boleh kot start pro kan subject form 4, belek belek sikit buku form 5. tido peluk buku pun takpe, lek aku selalu buat. nampak lah gaya pelajar cemerlang sikit kan. bila junior lalu tepi, dia cam wahh akak ni tekunnya study sampai tidur peluk buku. hahaha
oh ni paling penting, jangan biar internet ambil banyak sangat masa kau. aku sedih gak ni aku taktengok lagi segala drama yang dorang cakap tu. takpe demi spm aku sanggup berkorban. ceh. kena cuba control sikit dengan phone tu zz notetoself gak ni online ws doplohpatjam takbenti. haih apa nak jadi. padehal bukan ada apa pun. all the excitement had gone lah. ada group monyet je yang tinggal hahaha penghibur siang malam. ahh rindu engkorang

"Sometimes the people that you love the most, those are the people that will hurt you the most."
ha betul lah tu. betul sangat tu (':(':(':

;ibu daftar empat minggu kalini. Allah.. give me strength;
;sama sama jaga hati. lepas spm ok. lepas spm;
;we'll see;

okbai. take care

Thursday, October 22, 2015

faith

Assalamualaikum.

last week after bacaan yassin lepas maghrib nimai stands up and talked about sedeqah which is aku rasa masuk gila dalam hati weh. i should thank her for that.

dia cakap lah, duit tu kalau untuk benda lain ringan je keluarkan. macam waterfall kalau boleh. tapi kalau sampai nak derma kat tabung masjid berat dia tu nauzubillah. seems like kita takpercaya pulak janji Allah, which is 'Allah akan gandakan sepuluh kali ganda duit yang kita dermakan tu kat kita balik.' bukan derma untuk benda yang takberfaedah pun. untuk saham akhirat kita jugak.
after that dia share cerita pasal seorang ulama' dekat indonesia. aku nak share kat sini tapi unfortunately aku takingat the whole story. yang penting ada seorang ulama' ni dia nak buat sebuah madrasah yang semorang boleh tuntut ilmu kat situ. dari sebuah madrasah yang kecil, berkat dia sedeqah, sekarang madrasah tu dah jadi pusat ilmu level antarabangsa kat tempat tu ha. kiranya ibrah dari cerita ni kau kena percaya la janji Allah. yakin dengan Dia. walaupun kau dibantai masalah yang banyak bertangga tangga pun percaya dengan Dia.

alright.
talked about this, hidup takleh giveup gais.
giveup takde dalam kamus orang yang berjaya. ceh. lately aku rasa bagus jugak bila takdapat dapat jawapan addmath ni haha sebab it forces me to istighfar. bagi hilang sikit titik hitam kat hati ni.
wellsaid, ilmu tu suci. benda suci takkan nak masuk kat hati orang yang kotor. hitam. penuh dengan maksiat, benda lagha. fuh padu.
maka gandakan usaha ya rakan rakan. spm makin menghampiri. korbankan masa dari benda benda yang takpenting tu zz kita semua boleh. inshaAllah

ok lah, moga bermanfaat. bye

;started to miss quputeh the black cat cikebum cikebum hm;
;walaupun awak jauh, awak tetap dekat di hati saya;
(':

Wednesday, October 21, 2015

finals

Assalamualaikum.

jerebu. exam. jerebu. exam.
lama lama mood exam aku pun hilang dibawa jerebu fuh

gentle ah rasa taknak exam rasa nak cuti terus do. ye ah kau bayangkan kalau next week dengan jadual exam baru tu tetiba cuti lagi. kelam kabut lagi. susun jadual baru lagi haih. maka kita sebagai pelajar yg berfikiran jauh ni perlu menghentikan exam ini dari terus berjalan zz ah apa aku merepek
pastu serious ah aku rasa kalau kelas fizik tu takde hari ahad haritu, mesti aku stay kat rumah je sampai harini. rabu. takpayah nak mereput kat asrama, takpayah nak susahkan orang tumpang rumah syida. tak, rumah syida tu best jugak senanya since dia pakai unifi kan hahaha memang qada' semua video lah cite dia. kelas fizik tu pun satu hal, kalau faham sampai habis chapter takpe gak. ni dua chapter first je aku faham. yang lain semua masyaAllah rasa cam nyesal je datang. mana tak nya cikgu tu speaking english fluent sangat lebih dari tahap kefahaman aku. zz memang dia ajar f5 je lah cite dia. dengan takdapat bagi tblrn nya, frust dia Allah je yg tahu weh. dah la dah penyek sikit haha spoil gilaaaa

friendly reminding.
weh jangan sebab satu kesalahan tu buat kau taknampak seribu kebaikan. sayangilah rakan anda selagi dia berada di sisi anda (':

;di unprivate atas permintaan mr koala;
pastu private balik sebab malu. pastu, ok dah.
;papehal baju batch aku lagi lawa dari baju kau huhu;

Saturday, August 8, 2015

eid mubarak

Assalamualaikum.

salam aidilfitri semua. minta maaf bebanyak kalau ada buat salah. zahir mahupun batin. maafla, manusia kan, taksempurna.
raya kali ni ntle ah lost mood gila taktau pegi mana. everything seems different, yelah makin besar, duit raya makin sikit, nak contact semorang pun susah skang. kecuali first raya lah yang semua spam gambar raya kat ws. tahun ni macam takde rezeki dah je nak pegi beraya reramai cam tahun lepas. asalla bebudak ni duduk sbp ei. dengan asrama lagi tetiba takbalik lama, saja je buat sekolah ganti bagai, macam takleh buat masa takbalik wajib je ei emo ni marah ni.
sebab aku rindu semua. nak jumpa semua..

last week pergi pantai kelanang memang kasi release stress sikit. lelagi layan ainul yang nak lari lari tepi pantai tu ok lah kita yang matured ni layankan aje. bukan nak kata apa, dia cam bersyukur gak sebab aku tak tergolong dalam kanak kanak yang main buaian yang kat pokok tu sampai jatuh bedebuk dua hari pening tak sudah. hahahaha kau nampak tak tragis dia tu. bunyi tiga orang tu jatuh kalau boleh taknak kuat lagi nasib cikgu takdengar hahaha
nak dijadikan cerita, memula baby dengan bariah lek je main. tetiba datang seorang insan yang tak sedar dia dah gemuk, adilah, nak join main sekali. bende tu mana boleh main tiga orang la sakai haha. elok je kira sampai tiga, terus dorang rolling kebelakang dan malangnya kepala mendarat dahulu. pastu semua bangun sebab nak tengok cikgu ada ke tak ((padehal nak cover malu tu haha))
overall we're having fun lah jugak eventhough lawatan ni taksama macam rehlah kan sebab takcomplete. well looking forward for mukhayyam (':



;Raya is a celebration, but I dont know what is worth celebrating looking at my deeds this Ramadhan;

Sunday, July 12, 2015

ramadhan kareem

Assalamualaikum.

ramadhan is leaving bruh. four days left and how's your ibadah?
moga kita sesama istiqamah untuk teruskan what we've been striving for this ramadhan.

masyaAllah sisturr bulan puasa ni makin banyak pulak tidur kat kelas. bukan apa, kang kata bising hyper sangat kata tak puasa pulak. entah lah nak. tapi paling best bila dapat take 5 banyak kali haha meja yang keras tu rasa macam bantal je bila letak kepala. lol if you know what i mean
hm nothing special since haritu seminggu ulang alik sebab takde air pastu nak iftar sesama pun takde rezeki since ramai balik malam ((termasuk aku)). hm lagi pun kalau nak iftar yang semua ada yang still maahad memang boleh kira bape ketul je tinggal hm.
nini jahat gila bagitau hari khamis and khamis tu lah last day dia. kau tau tak sedih dia tu macam mana bila tak dapat nak tinggalkan kenangan untuk dia masa harihari akhir dia. takdapat nak buat prank or nyanyi or pape je. sedih tau walaupun kau tak kisah. kawan tiga tahun yang banyak bagi nasihat kalau aku nak buat jahat hm memandang kan nini seorang exco yang berwibawa ((aku pka lagi lah berwibawa hahahaha)) thanks for everything nek. aku akan sentiasa ingat pesan dan nasihat kau, we love you.


Alhamdulillah got the chance to iftar at masyi's house with this monkeys
weh dah nak raya ni jangan makan banyak sangat. pesan untuk aku jugak haha okbai nak buka dah. salam ifthorr semua (:

;the fastest ramadhan i can say;

Sunday, May 31, 2015

hanis turns 16

Assalamualaikum.

finally aku dah enam belas yeayy. puas hati aku, selama ni asyik kena panggil budak budak je sebab tak birthday lagi. pasni kena jadi more matured. focus more on important things. strive to achieve the goals that've made. doctor-to-be en. be more kind and calm. try to be a better person. kena kurangkan emo. kena kurangkan tidur dalam kelas gosh ni paling susah. kena kurangkan malas. lagilah susahhhh. well haritu i've read anwar hadi's book yang whatever you say, i'm ok tu. dia ada cakap pasal birthday and dia kata masa birthday ni we should thanked our mom sebab susah payah lahirkan, besarkan anak dia ni jadi orang yang berguna. so as for that, malam birthday haritu, monyet monyet tersayang pergi cakap kat ibu, cik, anis kata terima kasih lahirkan dia. dia malu nak cakap. sakai la hahaha malu aku. and malam tu ibu belanja big apple dengan cool blog peh kenyang gilaaa.
sebelum tu masa call ibu, cakap la semua ada 10 orang centu, then ibu cam lahh asal tak cakap awal awal kalau tak beli lagi satu kotak big apple. ya Allah, satu kotak yang ada duablas tu pun dah full ni nak tambah lagi satu. alahai. papepun thanks ibu. sesusah je haha abang pun busy malam tu sempat lepak 20 minit centu je dengan dia sebab dia kena pergi airport ada hal. orang dah kata kalau busy tak datang pun takpe. dah matured en takkan mak takdatang pun nangis haha. and malam tu bukak phone jap terbaca sekilas wish birthday memember. comel ah sumpah. terharu aku. aww (':


yang ni lain pulak. keje bebudak dorm hijrah ((hijjaz+basrah)) tepat je pukul 12 aku bukak locker then baru perasan benda ni haha pastu cam biasa, malam tu dapat roti gardenia sapu kaya agromas special dari syida haha birthday hana dulu pun buat ceni cuma ada cekelat, kaya, blueberry atas dia. ye sukati je buat layer kat roti tu haha asalkan sedap. papehal terharu ah junior senior semua sama je nak sweet sweet lak alamak. padehal malam tu dah broken dah sebab result exam huhu thanks lah kepada yang join buat mende ni. yeah, tahun ni dah takdapat dah orang buat wish bebanyak letak dalam plastik en. sedih sikitla, sikittt je.
taklupa kepada yang sedekah cekelat untuk aku yang sedia gemuk ni saja nak kasi aku gemuk lagi en. gosh pipi aku makin chubby do aku taktau asal. alia kata mungkin sebab banyak gelak. hm aku pakai telekung je mesti dorang cam wei asal bulat gila muka kau. kau dah tembam ah. alahai. nasib baik aku baik. kalau tak aku sumpat bola selipar dalam mulut dorang tau. tak, mana ada marah. aku ambik sebagai pujian lah ((eh boleh pulak)) chubby kan comel (':

got some chocs. jangan risau. aku takmakan semua. haha share ah dengan family. paling rare ah yang tulis kat sticky note 'hampa' tu. hahaha patah hati gila kau. coklat ni siap cair, keras, cair, keras lagi. last last bukak dah taknampak bentuk dah hahaha semua cam sama je sebab banyak sangat ujian dia kena hadapi untuk sampai rumah.
well lastly, jumaat haritu hari guru not bad ah, tapi pagi tu lepas habis program kat masjid we took a photo which sama macam gambar masa f2 dulu. sedih weh kau paham tak. kira kira, almost cukup. tapi lain weh. serious lain. miss all of us gather sesama borak bising bising cam dulu hm bila la boleh jumpa yang semua ada!!
okay, look like cuti ni akan jadi cuti yang bermanfaat inshaAllah. tuition intensive one-week. doakan aku tak kecundang dengan budak budak pandai tu huh. okbai semua. belajar rajin rajin. banggakan mak ayah. sekian, hanismatured.

#needtomoveon #buticant #sohow

Sunday, May 24, 2015

tears weeks

Assalamualaikum.
minggu last exam ni cam equals to mood cuti dah. takde mood nak exam dah. kena sekolah lagi seminggu before cuti lagi lahh, rasa nak bakar sekolah tu. mesti cikgu prepare banyak homework, tak lupa cikgu yang tunjuk result kasi kita rasa bersalah masa cuti dua minggu dgn result tu. kalau lawa takpe gak. kalau hodoh? ah godie.

sedar tak sedar,
sebulan dah berlalu dari masa memula tau cap nak pindah. time tu semua cam, lek ada sebulan lagi. cap kena exam dulu. sekali ha kau, laju je sebulan tu habis. cap pun dah pindah. orang kata, dah tengah tahun la. takyah la pindah lagi. tapi what to do. intergomb seems better for her. obviously, sbp kot. tapi awi kata welcome to hell haha sana susah nak fly. ada duri serta grill everywhere haha nasib baik cap jenis duduk asrama diam diam. bukan suka keluar cam aku. kalau aku masuk mau mati kebosanan haha. khamis malam jumaat, malam last cap was so special do. we made a circle of f4 kl's batch and aku dengan dilah bawak cap masuk sambil tutup mata dia pakai tuala. ya Allah, sakit dia tu bila cap genggam tangan aku sebab dia takut sangat kiteorang buat apa kat dia, Allah je tahu. tangan keras nak mati ada besi agaknya. then, bawak cap duduk tengah tengah pastu sorang sorang describe syaf. well, most of them kata cap garang serta kuat membebel. obviously. then wahidah kasi sajak bapaklah, sedih gila. ayat first dia je buat aku dah sebak. Dulu yana, sekarang kau. aku harap ni yang last. and malam tu semua salam nangis nangis. walaupun nampak jurang perbezaan dia tu bila cap peluk aku ((faktor ketinggian)) tapi memang bahu cap basah dengan air mata kiteorang je lah kan hahaha. dilah siap lap hingus. ok tipu je.
the hardest part is, mak dia ambik awal gila kot jumaat tu. baru ingat nak lepak lelama sampai petang. tetiba balik asrama, mak dia dah sampai. lepas babai kereta dia, air mata cam taknak benti mengalir macam waterfall weh. aku mampu ambik diary dia je buat kenangan (': ((which is aku tak ingat aku letak mana sekarang))

entah lah, tadi pun abang sakat aku sikit, aku dah nangis. gentle ah aku ambik cengeng yana ni aduhh. sebab memula aku taknak nangis pun serious. tetiba ibu kata, abang tu tunggu anis nangis dulu baru dia benti kacau. pastu tidak semenamena, air mata mengalir tanpa disuruh alahai. macam budak budak. hahaha aku pun takpaham pahal la dia punya annoying bila boring tu lepas kat aku. alamak sepak kang. masalahnya annoying nak mati rasa nak tumbuk tumbuk je. hm last last belanja big apple pujuk aku yasss berbaloi merajuk ni. dapat makanannn hahaha

guys, doakan result exam ppt. aku rasa semua kecundang. tapi harapnya tak lah. tapi.. hm redha je lah. okbai semua.
oh lupa, lagi dua hari dah boleh panggil enam belas dah. how i wish kau ada sekali kat sini. rindu weh. really, imy.

Saturday, April 25, 2015

future

Assalamualaikum.

lately, buku tarbiah seems famous and everyone started to read it. lelagi buku diagnosis enn. nangis nangis korang baca. tapi memang tak dinafikan buku tu sangat bermanfaat and banyak gila bagi input kat jiwa yang dahagakan ilmu ni. semua doktor tu cam relate kan cerita dorang dengan kebesaran Allah and that's the best part. the way they told the story pun best, santai je. macam fixi pun ada tapi yang ni bermoral sikit ah.

pastu tambah pulak medical terms yang dia letak lagi lah buat aku lagi berminat nak baca. buku ni kira cam paling cepat ah aku baca. kau tak rasa cool ke hafal medical terms yang belit belit lidah tu ((ke aku sorang je rasa centu)) talked about future, finally career path rasa cam makin jelas terang dan lurus, obstetricians and gynaecologists ((o&g)) or bahasa mudah, pakar sakit puan. saja je bajet jap. aku bukan apa, cara dia cerita pasal doctor o&g ni rasa macam challenging pun ada buat aku rasa berminat gak. nanti boleh sambut baby yeayy. rasa kepuasan bila mak dengan anak dedua selamat dan sihat tu mesti best enn. but one thing yang aku takut tu la tetiba ada on-call lak en tengahtengah malam sampai 4, 5 pagi peh pengorbanan masa tidur tu besar tu.
but one thing yang aku suka pasal doctor ni bila dia tolong pesakit tu dia cam patient come first before anything else. ha kau faham tak. keselamatan pesakit tu diutamakan. ha centu lah. dah la smart pakai kot putih tu tak rasa ke tak rasa keee ((lagi lagi aku yang pakai hahaha))

part nak belajar overseas ke tak tu tak sure lagi. tadi aku check medical university all over the world. ada satu tu kat new zealand wehhhhh. nak kat situuuuu. tapi aku rasa semua ni boleh tentukan lepas dapat result spm nanti ah. kalau ada rezeki dapat scholarship pergi overseas lah hendaknya. kalau tak, kita stay malaysia je lah. malaysia pun banyak je sebenarnya u yang ada course medic ni kan. tak kisah la asalkan belajar rajin rajin dapat anugerah dekan peh tinggi cita cita. kalau ikut lifeplans ibu, habis spm belajar kat malaysia lu sampai degree pastu kerja, kahwin ha pegi sambung master dengan family kat overseas nak sangat kan.
course medic dah la lama do. habis je foundation dengan degree, mahu umur aku dah 24 time tu hahahaha kalau takde calon lagi cemana andartututmereputututut. dah la, perjalanan masih panjang jauh berliku berduri lagi, kena tangguh dulu fikir pasal ni. kita capai straight A's spm dulu okay. everything will goes well inshaAllah.

sampai disini sahaja pertemuan kita kali ini. prof kena undur diri. pemetaan kerjaya yang cikgu jannah pesan tu aku dah siapkan dah ni ((prs take note pls)) hahaha okbai.

Moga Allah sayang

Sunday, April 5, 2015

so how's life?

Assalamualaikum.

its been so hard lately. semua yang pindah seems to have problems. lots of problems. tbh, aku sendiri takpandai nak bagi nasihat apa since aku takmengalami benda tu sendiri tapi aku tau korang boleh. kita kan budak maahad. budak maahad ni sado semuanya setakat benda kecik tu tak effect pape pun. and always think positive. semua benda yang terjadi ni ada hikmah dia. takkan Allah nak bagi ujian kat hamba dia kalau hamba dia takboleh tanggung right. i know you guys can handle this.

tapi tu ah, things are not the same since the day you guys left. semua cam upside down.
there's no more yana nak nyanyi let it go almost every day, crying over small things, bersin kuat nakmati sampai pekak telinga, geng tidur dalam kelas, geng pasang impian nak kurus tapi pemalas exercise.
there's no more aina yang banjir sampai nampak seluar hospital, karok lagu hindustan jiwang semua dia tau, jalan sama tinggi dengan aku, badar bertauliah, sakat pakcik dm tu reramai.
there's no more bipak yang suka f*rt depan orang ramai yg buat kita semua gelak kuat gila satu asrama dengar, yang setia tadah telinga dengar problems aku, yang setia keluar lepak hang dengan aku ((how i miss kita keluar hang dua orang je bila lagi boleh buat centu weh)).
there's no more nisu yang suka buat show sendiri ((all bout that bass ofc)), drama nangis nangis sampai kiteorang pun nak nangis sekali, setia jadi couch exercise sampai kurus, suka buat muka hodoh dengan alia, geng shopping online, jadi cik kiah propa ajak gosip.
no. there's no more.

now its different. kiteorang takde dah bising cam dulu. unless memang semua lepak sesama. and kadang cam takleh move on. one time tetiba kat masjid kan, weh mana yana? oh harini rabu. dia duduk asrama sakit perut. nisu? dia kan pegi nki kau lupa ke. aina? pegi nki sekali lah. ha bipak? kau tinggalkan dia lagi eh? takla dia pegi dengan baby.
sedih weh, sedih. semua cam act cool on the outside but inside tu Allah je yang tau betapa rindunya kiteorang kat korang.

how i miss ex-hamzahians yang united tidur sesama dulu. you know what, sekarang bila semua budak hamzah spread, we still sleeps in the class. kalau razi, balik balik aku kajai izzati tidur. kalau rusyd, dila idris ((bak kata ainul lah)). kalau khawa, ha takyah cakap, macam biasa lah dilah cap alia tu. paling penting cap. membuta je keje. yang ni bukan takleh move on, dah macam habit dah.
budak baru lak seems too smart apahal la masuk maahad pegi la masuk sekolah lain. ada sorang tu sampai tiga subject dapat seratus. nauzubillah. result budak maahad sendiri kelautt ko paham tak kelauttt sampai dasar laut kerak bumi tu ha. takpe mid-term nanti kita buat leklok. nak exam dah weh. cepat je masa berjalan. kita sendiri still leka buat benda tah pape. ((nasib baik kuning menang KOT haritu. lantakla kaitan))

lek je. tinggal dua tahun je kita sekolah. manfaatkan masa yang ada. belajar pandaipandai tinggitinggi gembirakan mak ayah. rules? langgar je. bila lagi nak langgar peraturan en. rules are made to be break. ceh okay aku tau aku ni takde lah baik mana tapi aku takde la jahat mana gak. but i'll try my best to be better inshaAllah. okbai.

Moga Allah redha