Sunday, May 31, 2015

hanis turns 16

Assalamualaikum.

finally aku dah enam belas yeayy. puas hati aku, selama ni asyik kena panggil budak budak je sebab tak birthday lagi. pasni kena jadi more matured. focus more on important things. strive to achieve the goals that've made. doctor-to-be en. be more kind and calm. try to be a better person. kena kurangkan emo. kena kurangkan tidur dalam kelas gosh ni paling susah. kena kurangkan malas. lagilah susahhhh. well haritu i've read anwar hadi's book yang whatever you say, i'm ok tu. dia ada cakap pasal birthday and dia kata masa birthday ni we should thanked our mom sebab susah payah lahirkan, besarkan anak dia ni jadi orang yang berguna. so as for that, malam birthday haritu, monyet monyet tersayang pergi cakap kat ibu, cik, anis kata terima kasih lahirkan dia. dia malu nak cakap. sakai la hahaha malu aku. and malam tu ibu belanja big apple dengan cool blog peh kenyang gilaaa.
sebelum tu masa call ibu, cakap la semua ada 10 orang centu, then ibu cam lahh asal tak cakap awal awal kalau tak beli lagi satu kotak big apple. ya Allah, satu kotak yang ada duablas tu pun dah full ni nak tambah lagi satu. alahai. papepun thanks ibu. sesusah je haha abang pun busy malam tu sempat lepak 20 minit centu je dengan dia sebab dia kena pergi airport ada hal. orang dah kata kalau busy tak datang pun takpe. dah matured en takkan mak takdatang pun nangis haha. and malam tu bukak phone jap terbaca sekilas wish birthday memember. comel ah sumpah. terharu aku. aww (':


yang ni lain pulak. keje bebudak dorm hijrah ((hijjaz+basrah)) tepat je pukul 12 aku bukak locker then baru perasan benda ni haha pastu cam biasa, malam tu dapat roti gardenia sapu kaya agromas special dari syida haha birthday hana dulu pun buat ceni cuma ada cekelat, kaya, blueberry atas dia. ye sukati je buat layer kat roti tu haha asalkan sedap. papehal terharu ah junior senior semua sama je nak sweet sweet lak alamak. padehal malam tu dah broken dah sebab result exam huhu thanks lah kepada yang join buat mende ni. yeah, tahun ni dah takdapat dah orang buat wish bebanyak letak dalam plastik en. sedih sikitla, sikittt je.
taklupa kepada yang sedekah cekelat untuk aku yang sedia gemuk ni saja nak kasi aku gemuk lagi en. gosh pipi aku makin chubby do aku taktau asal. alia kata mungkin sebab banyak gelak. hm aku pakai telekung je mesti dorang cam wei asal bulat gila muka kau. kau dah tembam ah. alahai. nasib baik aku baik. kalau tak aku sumpat bola selipar dalam mulut dorang tau. tak, mana ada marah. aku ambik sebagai pujian lah ((eh boleh pulak)) chubby kan comel (':

got some chocs. jangan risau. aku takmakan semua. haha share ah dengan family. paling rare ah yang tulis kat sticky note 'hampa' tu. hahaha patah hati gila kau. coklat ni siap cair, keras, cair, keras lagi. last last bukak dah taknampak bentuk dah hahaha semua cam sama je sebab banyak sangat ujian dia kena hadapi untuk sampai rumah.
well lastly, jumaat haritu hari guru not bad ah, tapi pagi tu lepas habis program kat masjid we took a photo which sama macam gambar masa f2 dulu. sedih weh kau paham tak. kira kira, almost cukup. tapi lain weh. serious lain. miss all of us gather sesama borak bising bising cam dulu hm bila la boleh jumpa yang semua ada!!
okay, look like cuti ni akan jadi cuti yang bermanfaat inshaAllah. tuition intensive one-week. doakan aku tak kecundang dengan budak budak pandai tu huh. okbai semua. belajar rajin rajin. banggakan mak ayah. sekian, hanismatured.

#needtomoveon #buticant #sohow

Sunday, May 24, 2015

tears weeks

Assalamualaikum.
minggu last exam ni cam equals to mood cuti dah. takde mood nak exam dah. kena sekolah lagi seminggu before cuti lagi lahh, rasa nak bakar sekolah tu. mesti cikgu prepare banyak homework, tak lupa cikgu yang tunjuk result kasi kita rasa bersalah masa cuti dua minggu dgn result tu. kalau lawa takpe gak. kalau hodoh? ah godie.

sedar tak sedar,
sebulan dah berlalu dari masa memula tau cap nak pindah. time tu semua cam, lek ada sebulan lagi. cap kena exam dulu. sekali ha kau, laju je sebulan tu habis. cap pun dah pindah. orang kata, dah tengah tahun la. takyah la pindah lagi. tapi what to do. intergomb seems better for her. obviously, sbp kot. tapi awi kata welcome to hell haha sana susah nak fly. ada duri serta grill everywhere haha nasib baik cap jenis duduk asrama diam diam. bukan suka keluar cam aku. kalau aku masuk mau mati kebosanan haha. khamis malam jumaat, malam last cap was so special do. we made a circle of f4 kl's batch and aku dengan dilah bawak cap masuk sambil tutup mata dia pakai tuala. ya Allah, sakit dia tu bila cap genggam tangan aku sebab dia takut sangat kiteorang buat apa kat dia, Allah je tahu. tangan keras nak mati ada besi agaknya. then, bawak cap duduk tengah tengah pastu sorang sorang describe syaf. well, most of them kata cap garang serta kuat membebel. obviously. then wahidah kasi sajak bapaklah, sedih gila. ayat first dia je buat aku dah sebak. Dulu yana, sekarang kau. aku harap ni yang last. and malam tu semua salam nangis nangis. walaupun nampak jurang perbezaan dia tu bila cap peluk aku ((faktor ketinggian)) tapi memang bahu cap basah dengan air mata kiteorang je lah kan hahaha. dilah siap lap hingus. ok tipu je.
the hardest part is, mak dia ambik awal gila kot jumaat tu. baru ingat nak lepak lelama sampai petang. tetiba balik asrama, mak dia dah sampai. lepas babai kereta dia, air mata cam taknak benti mengalir macam waterfall weh. aku mampu ambik diary dia je buat kenangan (': ((which is aku tak ingat aku letak mana sekarang))

entah lah, tadi pun abang sakat aku sikit, aku dah nangis. gentle ah aku ambik cengeng yana ni aduhh. sebab memula aku taknak nangis pun serious. tetiba ibu kata, abang tu tunggu anis nangis dulu baru dia benti kacau. pastu tidak semenamena, air mata mengalir tanpa disuruh alahai. macam budak budak. hahaha aku pun takpaham pahal la dia punya annoying bila boring tu lepas kat aku. alamak sepak kang. masalahnya annoying nak mati rasa nak tumbuk tumbuk je. hm last last belanja big apple pujuk aku yasss berbaloi merajuk ni. dapat makanannn hahaha

guys, doakan result exam ppt. aku rasa semua kecundang. tapi harapnya tak lah. tapi.. hm redha je lah. okbai semua.
oh lupa, lagi dua hari dah boleh panggil enam belas dah. how i wish kau ada sekali kat sini. rindu weh. really, imy.