Sunday, September 17, 2017

Eng Task; Prince Charming in SEA Games 2017

Assalamualaikum.
so last couple of weeks, my eng group had been asked to write a story about this one prince charming or whatnot in sea games hahahaha aku warning awal awal short story ni imaginasi dia level fairytale barbie barbie centu tau hahahaha kalau kau rasa geli sila stop baca. i tak paksa hokayy kah kah

 SEA Games in Kuala Lumpur is the most anticipated event in the Asean Country. A number of athletes are competing in the SEA Games. Prince charming (read: nama penuh; Prince Charming bin SmartCoolNakMampos) was chosen to take part in the athletics game, which is track and field. He was one of the best runner in the country. Neither Usain Bolt nor Khairul Hafiz Jantan could beat him in the competition. (amboi belagak haha) He was the current Malaysian 100 metres outdoor record holder with a time of 9.01 seconds. He is tall, dark and handsome kind of man. His visuals is very attractive that can melt every womans heart. (cewah melt giteww!)

 On the 21st of August, he finally made Malaysians proud with his victory. This date means a lot to him as he found his soulmate while he was running. (tudiaa gais tudiaa)  As he almost reached the finish line, one beautiful volunteer (ni nama dia Markonah) had caught his eyes. (bapak drama sia ni drama tv3 petang petang tu ke apeee) The woman was in charge in taking pictures of all the athletes. Her smile made him fluttered (omg!!) and he became more energized to finish his run. In the end, he won the race and made himself become the best sprinter in Asia. (kuasa wanita gaiss. ceh jk)

 Today, who would expect that he is married with the beautiful volunteer. They live happily with a pair of twins. And the best part is, the twins followed their father steps and become a great sprinter as their father. Lastly, they live happily ever after. (yeyy happy ending mcm barbie barbie sangatt)

 The end (:

ok gais thanks for reading. sorry la banyak personal reaction pulak letak dalam story tu haha lantak ah aku kesah pe. okay doakan aku nak final dah weii bulan 10 ni!!! cuak tak cuak ah rasa cam nak khatam satu buku tu pun susah tsk tsk okbai sume goodluck final!!

-- ye memang skang ni kita kena amalkan sikap pegi mampos ye kawan kawan. lantak kau ah nak cari pasal ke ape aku dah tak kesahhhhhhh.

Saturday, June 3, 2017

salam taaruf kts1 tts5

Asslaamualaikum.
hai semuaaaa. eventually dah lama nak update tapi busy kemain so wei, Alhamdulillah saya dah dapat masuk u kikiki ingatkan result spm hampeh cntu takda chance ah nakmasuk u rupanya... Allah berikan rezeki yg lebih baik dari arah yg takdisangka sangka kan? ☺️☺️  aku bersyukur jela dapat masuk u tu walaupun tbh course tu bukan first choice aku, but aku bersangka baik jelah dgn perancangan Allah ni kan.. aku just harap aku dapat apa yg terbaik untuk diri sendiri and aku pun mampu buat yg terbaik untuk future aku.

A week has passed and macam biasa aku masih homesick asyik nak balik je every weekend hahahaha nasib baik dekat weii kalau jauh mampusla naik turun bas je kejenye hahahaha and memang betulla orang cakap bila kau sambung asasi ni dia punya struggle boleh buat kau ingat balik macam mana la kau boleh lalui tahun spm kau. gntle banyak gilaaa chapter kena cover in one damn year kottt. ni takkira lagi masa first class haritu aku cam blur gilaaa apa lecturer cakap niii padehal benda dah belajar dah time spm!! maka kantoilah disitu selama ni belajar kerana exam je hmm tbh banyak je goals aku nak capai time study foundation ni yela belajar dari kesilapan kan. time spm belajar pun last minute mana nak scoreee haih takpe lah benda dah lepas. tapi masalahnya aku dah berazam tanak tido dalam kelas tau tahun ni tapiii ya tohannnnn cetan banyak betui kat mata kot asyik nak terlelap je. padehal aku dah effort tidur awal dah malam tu. yela, sebab kelas selalu start pukul 10 so bangun pun lek lek ah kan sekali kelas start pukul 8 pehh mampuss hahahahahaha qada tido dalam kelas 😂😂 aku tak tau la nak buat apa dah. hahahahahaha rasa nak giveup pun ada. mmg takdir aku untuk tidur dalam kelas awal awal pagi ni kot hahahaha

pastu haritu kiteorang buat la taaruf untuk group tutor kan wallahi mereka semua jauh beza dari anaaaa hahahahaha yela semua yg masuk sini ada background agama so biah solehah dia macam terjaga la sikit. and Alhamdulillah for that. weh seres do aku rasa jauh beza gilaa dgn doranggggg.. semua cam perghh solehah gile ah hahahahaha yela aku kan beshe beshe je haha tapi part datang kelas aku paling taubat ah datang lambat do. sekali kena duduk belakang pehh memang takleh fokus ahh dah ah taknampak slide, nak buat notes pun taktau nak tulis apa. mati la kau kat situ nakk hahahahaha aku dah insaf. nasib baik lah qaris satu course dgn aku 😂😂 dia ni kira hebat ah boleh buat aku bergerak lebih cepat dalam semua bende hahahaha dahla haritu aku buat flight mode phone sbb tgh charge. and masa tu dah pukul 7 so qaris ni dgn tabahnya lah call aku banyak kali en sebab cam pahal pompuan ni tak angkat ni dorang nak naik bas dah pegi kelas ni en. so dia pun naik bilik aku hahahahah bukan sikit sikit wei level lima kotttt dahla takde lifffff aku cam weii terharu gilaaa ada jugak membe sanggup naik bilik aku (': hmm tapi gntle tinggi do bilik aku tu hahaha aku masih takleh move on sbb aku rasa stamina aku makin tinggi setiap hari hahahaha yela first day tu penat dia takyah cite ah. lelama dia cam dah ok dah haa 😂😂

tapi satu jela aku kecewa hm haritu aku tgh makan roti kat bilik. yela sambil layan drama kan, enak la kalau menjamah sedikit makanan gitu. pastu tetiba rumet aku tanya "kau ni mmg kuat makan eh?" pastu aku cam terkedu gila hahahahah hampir nak terjatuh roti aku pegang tu ceh over gila. takdelah, dia cam weii baru seminggu kot??!!! kenapa dah boleh tanya aku centuu hmm nampak sangat keee :( so aku cam cool jela cakap, mana ada doo aku tak kuat makan pun aku makan time lapar je tau aku tgh diet ni. ceh yg last tu tipu. tapi tbh aku pun perasan asal terserempak dgn dia je mesti time aku tgh makan hahahahahaha kenapa bukan time aku study ke? berzikir ke? hahahahahah takpelah aku malas nak hipokrit. pis
lupa nak cakap, last day before ramadhan haritu i turns 18! hahahaha hambar gila birthday tahun ni gntle haha tapi takpelah. thanks untuk semua yg wishhh!! aku appreciate gila kott. dari sependek pendek hb hingga lah sepanjang panjang karangan kopipes hahahaha thank you semuaa. may Allah bless u guys too (': maka dengan itu saya pun deactivate insta la untuk lebih fokus dalam pelajaran hm doakan :( tengah nak jadi lebih matang la ni kena set my priorities in studies first hm baru boleh berlagha. okay so nampaknya semua dah nak sambung belajar hm goodluck lah aku tau korang boleh do. anggap la apa yg korang sambung tu sebagai satu challange la untuk korang perform hm okay bittaufiq wannajah!! nanti lepak bolehla sembang pasal calculus pulak kan ceh hahaha manela tauu. okbai semua! salam ramadhan kareem!!

Saturday, May 6, 2017

hai rindula

Assalamualaikum.
hai semuaaaaaaa yess finally dapat update hahahahahaha penat tau aku cari masa nak guna laptop update blog #viewersperlutahu
ok lah sekarang ni dia cam proses nak move on ok dari result spm yang takberapa nak hebat tu ceh sebulan lebih dah takleh move on gak ni payah ah. aku rasa time dapat result spm haritu en, aku la antara org yg perlukan kata kata "result spm bukan segalanya" ataupun "perjalanan masih jauh. kat u nanti perform ah" yes yesss betul tepat sekali hahahahaha mental breakdown cana takyah cakap ah aku rasa emoji heartbroken tu dapat tempat pertama tau time tu. yela sebab banyak meroyan dekat orang kan hahahahaha pastu nak tau tak, tak pasal pasal letak choice upu yg first tu ambik dentistry hahahahahahaaha ni dia cam cuba nasib jelah. ada rezeki nak dapat ok je kalau takdapat tu dia cam, ok mungkin aku mmg tak ditakdirkan untuk further dalam bidang ni hahahahaha kecelaruan identiti betui sbb dia cam tetiba senanya, dentistry first pastu yg lain tu engineering dgn sc&tech hahahahaha tengok lah next week dapat memana aku terima je redho habis dah ni weh

pastu kan dulu aku pernah sebut tau mesti rasa cam cool je sebut bahasa bahasa doktor ni. salah semua tu salahhh!!! dia jadi cool kalau kau faham apa yg dia maksudkan je. kalau takfaham en dia rasa cam bahasa alien mana dorang cakap ni hahahahaha tapi best la kerja klinik gigi ni. memacam experience kau boleh dapat. boleh diumpamakan macam kau keje jadi nurse kat hospital ah cuma yg kat sini cam kes biasa biasa je. jujur aku cakap, kau keje sini en mesti rasa nak jaga gigi leklok pastu jaga badan leklok biar takde diabetic semua tu pehh seres ah insaf habis wehh yela ko bayangkan haritu aku dapat tengok kes remove fix denture tau memang menyayat hati sgt tengokkkk makcik tu mmg sampai menangis ah dia wehhh yelah selama ni ada gigi en tetibe kena remove gigi tu haih sape taksedih. banyak lak tu!! hmm tulah aku baca history dia dulu dia buat fix denture tu dengan tukang gigi tau. biasa orang cina ah jadi tukang gigi. pastu doc kata ah biasa org yg takprofesional ah jadi tukang gigi ni means bukan cam doc yg belajar sampai degree sume tu. memula rasa nak marah kenapa jumpa tukang gigi tu dulu! tapi lepastu rasa nak sedih lak tengok, yela mybe time tu dia tak tau en. hm emo terus aku kat situ.

ok jap pastu lagi satu aku nak cerita, haritu ada patient arab datang tau, aku bukan apa, reaction aku bila nampak orang arab ni mesti cam omg hensemnya tingginya bapak mancung gila hidung. tapi nak buat cane, dorang datang as patient en so kena la jadi profesional sikit ceh acah gile. weh seres do muka cam fatih seferagic pun ada tau pernah datang hahaha nasib baik la aku ni ada mix mat saleh sikit petah la jugak nak speaking ni kan haha #nipunviewersperlutahu
sebab dulu pun time memula kerja ustaz ada cakap, anis kerja sini boleh belajar macam macam, pendidikan awal kanak kanak boleh, management boleh, dentistry pun boleh tau belajar terus dari doc. hahahahaha tulah memula aku cam was was em ustaz ni biar betul... rupanya yes betul tepat sekali semua benda aku belajar hahahahaha dari urusan kat kaunter sampai la ke bilik surgery sampaila ke anak anak doc haha cam takcaye lak dah 3 bulan lebih do keje situ. nak masuk bulan ke empat dah hahahaha cepatnya masa berlalu. duit sampai cukup ah beli phone dengan laptop sendiri en hahaha pastu dari tak tau nama instrument sampaila dah reti sikit sikit. skang kalau kena handle rct sensorang rasa cam hm ez nye hahahahaha doc cakap je nak apa semua aku boleh ambikkan haha kalau tak en dulu asyik meroyan je dgn nureen sebab taktau nama barang dalam bilik surgeri tu weh. yela dah nureen je keje klinik gigi cam aku gak en aku rasa cam hm nureen je yg memahami aku hahahaha

tapi ada la sejenis patient yg aku rasa takleh handle lagi sampai skang is patient budak budak wehhh ya Allahhhhhh dia kalau dapat jenis yg boleh go dengan dentist ni takpe lagi tau. tapi kalau yang takleh tu rasa cam eii budak ni ada gak yg kena ni kangg haaa orang dahla penat ni ramai patient dia buat hal lak nak tutup tutup mulut. --contoh je ni. biasa lagi panjang aku membebel dalam hati hahahahahaha seres wehhh sangatla susah nak tenangkan budak budak nii padehal doc takbuat pape pun kottt??!!! nak tgk gigi pun takkasi bapaklah yg tu aku paling bengang dengan jenis yg doc nak letak kapas pun dia takut pehhhhhh apa masalah dia sebenarnyaaaa??!!!! sabaa jela time tu tauu. dah ah nampak sangat takleh go dgn budakbudak yg perangai cenggini ni hurmzz. biasa kalau dpt patient cemni aku suka tengok cara doc nurin tenangkan dia je, aku mampu duk tepi jelah tengok je hahahhahaha takpun tepuk tepuk bahu dia cakap sikit je ni sikit je... tapi dalam hati ya tohannn cepatla cabut gigi budak ni eeee

dengan haritu berkesempatan lah jugak masuk keje time ortho punya kes. best weh tengok orang pasang braces, bukak braces, pasang retainer. rasa cam wahh dah lama nak tengok depan mata procedure ni buat canee dgn surgery sekali haha akhirnya dapat gak tengok en hahahahah sebenarnya senang je weh pasang diaaa tapi kena specialist ah pasangkan. haritu doc yg datang tu pun mmg baik gilaaa yela orang pakai braces kan kena datang klinik every month centu untuk tukar getah ke pape jela kan serious best hahahaha walaupun aku diri tepi je pegang gauze haha dahla haritu doc check gigi aku dia kata aku pun kena pakai weh hahahahahaha sbb gigi bawah crowding. aku sedihla gak sbb aku ingat cam ok je gigi aku en ruparupanya yg crowding tu takut banyak karang gigi ah duk situ ha cam susah ah nak gosok. aku dah pernah tengok dah org buat scalling yg banyak gilaa karang gigi tu mmg teruk, mmg berdarah darah gusi dia wehhh lelagi yg smoking tu pehhh ko tahan jela assist doc time tu hahahahaah so janganla smoking ye kawan kawan dahla busuk, busuk pulak tu. hahahaha mmg saja ulang.

ok ah tu je kot setakat ni hahaha hujung bulan lima ni nak benti dah gaiss nak sambung belajarrr tapi taktau la lagi pegi matriks ke upu. hati kuat kata pilih upu hahahaha tengoklah cane nanti. okbai semuaaa goodluck future!! belajar leklok!!
--ha elokla tu jumaat depan cukup sebulan takcakap :))

Sunday, February 26, 2017

manusia bekerjaya

Assalamualaikum.
hai kengkawanzzz u should know how much i've been struggling untuk kembali menulis kat blog ni hahahahaha yek baca post title pun dah geli rasa nak muntah. ok lah harini saya nak cite lah sikit, eh tak pun just nak bagi cam appreciation post lah untuk membe kat hajra hahahaha

thanks sebab jadikan first experience aku keje after spm jadi cam sonok gile. nak kata takde stress tu tipu la, mesti ah ada kan lelagi bila ada sale tu asyik kena ot sampai malam je bapak takde life do sumpah, komisen dahla sikit hahaha but bila dgn korang cam boleh gelak balik ah ha nampak tak permainan dia kat situ hahahaha dengan kak qoma lagi nampak je ibu mengandung tapi perangai masuk air nak mampus hahahahaha beragak sikit akak bawak anak tu. rindu la wawa yg kuat terhibur padehal aku buat lawak low class je dia punya terhibur macam nak mati gelak tu hahahaha gelak muka sampai merah sampai nangis tu yg aku tak tahan tu. in the end aku pun gelak sampai sakit perut sbb tengok kau je hahaha dengan ain yg kuat bebel lagi sumpah macam mak nenek sesat kat kedai tudung tp tu lah dia punya bebelan tu yg melengkapkan hari hariku gitu hahaha and tak lupa yana em apa je eh haha sbb aku pernah takpuas  hati dgn kau jap sebab pandang slack cocok mata tu kang hahaha tapi in the end yana jugak jadi informer gaji dah masuk account ke belum kekeke
paling takleh lupa si qis takpun akishh haha baru masuk tapi perangai dah boleh masuk dengan aku. qis pun jadi cuak bila first day dia kat hajra aku cakap aku nak benti haha yela dia takut la tu kena buli ke apa kan sampai aku taktahan tu. ceh aku jiwa kental kot. and fatin yg buat last day aku jadi meaningful gila sebab drive kereta macam orang gila hahahahahaha sampai hon depan orked kuat nak mampus hahaha tapi malu malu pun tu la yg buat aku ingat kau. cik su manager yg baik hati pun saya suka sebab puji saya cantik hihihi saya tau tu. kak naz and kak kema yg selalu pasang radio tah pape hahahaha siap boleh karaoke lagi time gulung gulung tudung tu yg best tu hahaha kak lina jugak sebab banyak bagi tips pasal um!!!! goodluck sambung degree in chemistry weii doakan saya dapat masuk um gak. cita cita sejak kecik tu kot

ok papehal thanks sbb always spreadkan positive vibes kat hajra tu even time tu hari mendung, korang dah sedia jadi pelangi lah untuk aku cewah havva great day ahead and aku doakan moga sales banyak hahaha buat tutorial shawl utk cust lelawa cam aku buat tau kekeke
doakan saya bertahan sampai dapat uni nanti kat klinik gigi ni. so far Alhamdulillah la akak akak kat situ semua tak lokek ilmu langsung nak ajar pasal instruments dalam surgery room and overall pasal clinic lah. siap otw buat nota bagai ni hahahaha ko pikir aku rela ke buat tu ceh doc siap bagi assignment do suruh buat. dia cam nk tengok ah apa je yg aku dah belajar sejak keje kat situ ha. alang alang tu aku buat jela leklok notes tu kan mana la tau further dentist instead of medic nanti hahahaha doakan yg baik baik. lagi satu, doc siap suruh aku buat research pasal penyakit yg boleh berjangkit dari air liur dgn darah hahahahahahaha tu senanya doc nak tegur aku tu haritu aku cam buat mistake sikit ah dalam surgery room tu. nampak tak cara dia tegur tu cam halussssss je kan hahahaha nasib baik aku sedar kalau tak aku buat bodo je tu haha

ok lah memandangkan esok keje and hidup pun kena diteruskan, kan? aku undur diri dulu ah. bye semua lupakan yg semalam dan terus maju ke depan!!!!!!!
-kalau block dia boleh buat kau bahagia block je!! tak salah pun!! asalkan kau bahagia weh!!! hahaha ok ni tetiba